
SINTOK, 12 November 2025: Seminar Pertukaran Mahasiswa, Studi Banding dan Kolokium yang berlangsung PADA 8 November 2025 di Dewan Seminar C, Kompleks Konvensyen UUM menjadi platform penting dalam memperkukuh hubungan strategis antara Pusat Pengajian Pengurusan Perniagaan (SBM), Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Asosiasi Perguruan Tinggi Swasta Indonesia (APTISI).
Program anjuran bersama ini bertujuan memperluas jaringan kerjasama akademik, memperkukuh pelaksanaan mobiliti pelajar, selain merangsang penyelidikan observasi serta pertukaran pandangan ilmiah antara kedua pihak.
Program kali ini melibatkan 60 penyertaan yang terdiri dari 12 Universiti Swasta yang menjadi ahli APTISI, termasuk pemimpin akademik, pensyarah, wakil institusi serta para pelajar dari institusi berkenaan.
Ketua utusan APTISI, Dr. Zaharuddin, SE., MM., PhD., menyampaikan ucapan penghargaan kepada pihak UUM khususnya dan SBM khasnya atas kesediaan menerima kunjungan delegasi dan komitmen untuk menjayakan penganjuran ini.
Beliau juga menegaskan bahwa kerjasama antara Malaysia dan Indonesia dalam bidang pendidikan tinggi merupakan elemen yang sangat penting bagi pembangunan serantau, peningkatan kualitas akademik serta pengukuhan reputasi institusi global masing-masing.

Sementara itu, Dekan SBM, Prof. Madya Dr. Shuhymee Ahmad mengalu-alukan kehadiran representasi antara bangsa tersebut dan menzahirkan harapan agar kerjasama dua hala ini dapat disimpan secara lebih aktif, berimpak tinggi dan fokus kepada pelaksanaan program bersama yang lebih pelbagai pada masa hadapan.
Kedua-dua pihak sependapat bahawa rangka kerjasama yang telah wujud ini bukan sahaja perlu diubah, malah diperkasakan demi manfaat bersama dalam aspek pembangunan bakat, pembangunan ilmu, penyelidikan, keusahawanan serta pengantarabangsaan pendidikan tinggi rantau ini.
Sumber: https://uumtoday.com